Sebelum memasuki alam persekolahan, kanak-kanak sudah biasa dengan cecair. Pengalaman ini dilalui sejak mereka mula menyusu. Selain daripada susu, kanak-kanak juga suda biasa dengan cecair lain seperti minyak, sirap dan ubat. Kanak-kanak suda mengenali beberapa jenis bekas seperti botol susu, baldi, sudu dan sebagainya, yang digunakan untuk mengisi cecair tersebut.
Isipadu ialah berapa banyak ruang yang dipenuhi oleh bahan berbentuk tiga dimensi semada bahan tersebut pepejal ataupun cecair. Isipadu sesuatu bekas umumnya difahami sebagai kapasiti bekas tersebut.Isipadu cecair dapat diukur dengan menggunakan alat-alat yang seragam seperti cawan, gelas dan botol. Contohnya, jika satu jag dapat diisi dengan 7 gelas air, maka isipadu jag ialah 7 gelas. Silinder penyukat ialah alat yang piawai untuk menyukat isipadu cecair. Unit piawai bagi isipadu cecair dalam sistem metrik ialah mililiter ( ml ) dan liter ( l )
Untuk Mengajar topik Isipadu Cecair dengan berkesan, anda perlu tahu mengenai beberapa aspek tentang pengukuran cecair beberapa aspek tentang pengukuran cecair.
Mengenalpasti Sifat Bagi Isipadu Cecair
Satu daripada langkah pertama dalam pengukuran isipadu cecair ialah mengetahui apa yang anda sukat. Mungkin bunyinya mudah, tetapi ia mungkin menjadi punca kesukaran bagi kanak-kanak.Seperti kanak-kanak melakukan perbandingan-perbandingan ini, mereka bukan sahaja meningkat kefahaman tentang sifat dan kosa kata yang dikaitkan, malahan mereka juga turut mempelajari langkah-langkah yang akan membantu mereka menentukan sesuatu nombor. Peringkat ini biasanya dipanggil pra-pengukuran, memandangkan tidak melibatkan apa-apa nombor.
Salah konsep mengenai isipadu cecair
Kanak-kanak sering percaya yang sejumlah cecair boleh berubah apabila satu jumlah tertentu dituangkan dari satu bekas kepada bekas lain yang berbeza saiz dan bentuknya. Mereka percaya bahawa terdapat lebih banyak cecair pada peringkat paras tertinggi. Sebagai contohnya, kanak-kanak akan mengatakan bahawa bekas yang mempunyai kandungan yang paling banyak ialah bekas A, manakala bekas B adalah lebih kurang daripada bekas A. Manakala kandungan air paling sedikit ialah bekas C. Inilah persepsi kanak-kanak tentang kapasiti kandungan air di dalam sesuatu bekas.
Peringkat-peringkat Perkembangan Konseptual Bagi Isipadu Cecair Tahun 2
Pengukuran ialah satu proses dimana satu nombor ditugaskan kepada satu sifat objek ataupun acara. Satu perkembangan konseptual yang sistematik akan membantu murid mempelajari topik ini dengan lebih berkesan. Berdasarkan proses pengukuran, perkembangan pedagogi berikut adalah dicadangkan bagi topik Isipadu Cecair Tahun 2.
a) Mengenalpasti sifat bagi isipadu cecair
b) Perbandingan langsung bagi isipadu cecair
c) Perbandingan tidak langsung bagi isipadu cecair melalui rujukan
d) Mengenalpasti alat-alat yang digunakan sebagai pengukuran bukan piawai bagi isipadu cecair
e) Mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran bukan piawai
f) Memperkenalkan pengukuran-pengukuran piawai bagi isipadu cecair
g) Mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran piawai dalam liter(l)
SOALAN TUGASAN
Misconception on capacity may arise among the students while teaching Volume of liquid especially when comparing capacity of two containers that can hold more. Students often make the comparison on height rather than its capacity. Find ONE (1) video in the internet that show how volume of liquid are measured. Create TWO (2) teaching aids that can be applied to Year Two students to help them understand better. Based on your teaching aids, you are required to create TWO (2) teaching activities; each for high achiever and low achiever students. Finally, you are required to develop your own blog and post the video, teaching aid and teaching activities in your blog. You are free to choose any platform that are available in the internet. For reference you may browse at www.blogger.com on developing your blog. You are only required to submit link to your blog.
Terjemahan
Kesalahpahaman pada kapasiti mungkin timbul di kalangan pelajar saat mengajar Volume cecair terutama ketika membandingkan kapasiti dua kontena yang boleh menyimpan lebih. Pelajar sering membuat perbandingan pada tinggi daripada kapasitinya. Cari SATU (1) video di internet yang menunjukkan bagaimana kelantangan cair diukur. Buat DUA alat bantu mengajar (2) yang boleh dilaksanakan untuk pelajar Tahun Dua, untuk membantu mereka memahami dengan lebih baik. Berdasarkan alat bantu pengajaran anda, anda akan diminta untuk membuat DUA (2) aktiviti pengajaran; masing-masing untuk pelajar yang berprestasi tinggi dan pelajar yang berprestasi rendah. Akhirnya, anda diminta untuk membangunkan blog anda sendiri dan posting video, bantuan dan aktiviti mengajar mengajar di blog anda. Anda bebas untuk memilih platform yang tersedia di internet. Untuk rujukan anda dapat browsing di www.blogger.com mengembangkan blog anda. Anda hanya diminta untuk menyerahkan link ke blog anda.
1.0 VIDEO PENGAJARAN ISIPADU CECAIR TAHUN 2
2.0 ALAT BANTU MENGAJAR ISIPADU CECAIR TAHUN 2
2.0.1 Menggunakan Bekas yang Sama Saiz
Kelas : 2 Amanah
Topik : Isipadu Cecair
Hasil pembelajaran : Membuat perbandingan menggunakan bekas yang sama saiz
Alat Bantu Mengajar : 3 gelas minuman yang sama saiz, 1 jug
Langkah-langkah
1. Guru menunjukkan 3 gelas kosong yang sama saiz dan dilabelkan gelas A, B, C dan 1 jug yang berisi air.
2. Air di dalam jug tidak dituangakan kedalam gelas A. Ini menunjukkan isipadu cecair di dalam gelas A adalah ‘kosong'
3. Air di dalam jug dituangakan ke dalam gelas B sehingga separuh penuh . Ini menunjukkan isipadu cecair di dalam gelas B adalah ‘separuh penuh’.
4. Air di dalam jug dituangakan ke dalam gelas C sehingga penuh . Ini menunjukkan isipadu cecair di dalam gelas C adalah ‘penuh’.
5. Guru dapat menunjukkan konsep isipadu cecair ‘kosong’, ‘separuh penuh’, ‘penuh’ melalui perbandingan dengan menggunakan gelas yang sama saiz.
2.0.2 Menggunakan Bekas yang Berlainan Saiz
Kelas : 2 Amanah
Topik : Isipadu Cecair
Hasil pembelajaran : Membuat perbandingan menggunakan bekas yang berlainan saiz
Alat Bantu Mengajar : Jug, mangkuk, botol dan cawan
Langkah-langkah
1. Guru menunjukkan sebuah jug yang berisi air, sebuah mangkuk yang berisi air, sebuah botol yang berisi air dan 12 cawan.
2. Air di dalam jug dituangakan ke dalam cawan tersebut. Didapati 5 cawan penuh yang berisi air diperolehi daripada sebuah jug yang berisi air
3. Air di dalam mangkuk dituangakan ke dalam cawan tersebut. Didapati 3 cawan penuh yang berisi air diperolehi daripada sebuah mangkuk yang berisi air
4. Air di dalam botol dituangakan ke dalam cawan tersebut. Didapati 4 cawan penuh yang berisi air diperolehi daripada sebuah botol yang berisi air
5. Guru membuat perbandingan isi padu cecair di dalam setiap bekas yang digunakan.
a) Isipadu di dalam jug lebih daripada isipadu di dalam botol
b) Isipadu di dalam mangkuk kurang daripada isipadu di dalam botol
c) Isipadu di dalam botol kurang daripada isipadu di dalam jug
d) Isipadu di dalam botol lebih daripada isipadu di dalam mangkuk
6. Guru dapat menunjukkan konsep isipadu cecair ‘lebih’, dan ‘kurang’ melalui perbandingan dengan menggunakan bekas yang berlainan saiz.
1.0 AKTIVITI PENGAJARAN
3.0.1 Aktiviti Pengajaran Murid Cerdas
Aktiviti 1
Kelas : 2 Amanah
Topik : Isipadu Cecair
Hasil pembelajaran : Membuat perbandingan menggunakan bekas yang sama saiz
Alat Bantu Mengajar : Gelas, botol, mangkuk
Langkah-langkah Pengajaran:
1. Guru menunjukkan 3 biji gelas kepada murid dan murid memegang ketiga-tiga gelas tersebut
2. Minta murid memberitahu persamaan di antara ketiga-tiga gelas.
3. Guru memperkenalkan konsep isipadu ‘kosong’, ‘separuh penuh’ dan “penuh”
4. Semasa memperkenalkan konsep isipadu, murid di minta tampil ke hadapan untuk mengisi air mengikut konsep isipadu yang di perkenalkan.
5. Minta murid menyusun gelas-gelas itu mengikut turutan dari kosong ke penuh.
6. Ulang dengan set-set bekas yang lain.
7. Latihan
Isikan tempat kosong dengan menggunakan perkataan di atas.
1. Samad tidak mengisikan sirap ke dalam botol E. Botol tersebut mempunyai isipadu _____________.
2. Botol D mempunyai isipadu _______________ sirap.
3. Botol C mempunyai isipadu _______________ sirap.
4. Botol A ______________ isipadu sirap daripada Botol B.
5. Botol D ______________ isipadu sirap daripada Botol C.
Aktiviti 2
Kelas : 2 Amanah
Topik : Isipadu Cecair
Hasil pembelajaran : Membuat perbandingan menggunakan bekas yang sama saiz
Alat Bantu Mengajar : Gelas, botol, teapot, pasu
Langkah-langkah Pengajaran:
1. Guru menunjukkan 3 biji bekas yang berlainan saiz kepada murid dan murid memegang ketiga-tiga bekas tersebut.
2. Minta murid memberitahu perbezaan di antara ketiga-tiga bekas tersebut.
3. Guru memperkenalkan konsep isipadu ‘lebih’, dan “kurang”.
4. Semasa memperkenalkan konsep isipadu, murid di minta tampil ke hadapan untuk mengisi air ke dalam beberapa cawan yang telah disediakan
5. Minta murid membuat perbandingan antara ketiga-tiga bekas yang telah dikosongkan kerana airnya telah dituangkan kedalam cawan, seterusnya murid membuat kesimpulan.
6. Latihan
Isikan tempat kosong di bawah.
1. Isipadu air di dalam cerek A = ___________ cawan penuh
2. Isipadu air di dalam cerek B = ___________ cawan penuh
3. Isipadu air di dalam cerek C = ___________ cawan penuh
4. Cerek __________ mempunyai isipadu air lebih daripada isipadu air cerek A.
5. Cerek __________mempunyai isipadu air kurang daripada isipadu air cerek A
3.0.1 Aktiviti Pengajaran Murid Lambat
Aktiviti 1
Kelas : 2 Amanah
Topik : Isipadu Cecair
Hasil pembelajaran : Membuat perbandingan menggunakan bekas yang sama saiz
Alat Bantu Mengajar : Gelas, botol, mangkuk
Langkah-langkah Pengajaran:
1. Guru menunjukkan 3 biji gelas kepada murid dan murid memegang ketiga-tiga gelas tersebut.
2. Minta murid memberitahu persamaan di antara ketiga-tiga gelas.
3. Guru memperkenalkan konsep isipadu ‘kosong’, ‘separuh penuh’ dan “penuh”.
4. Semasa memperkenalkan konsep isipadu, murid di minta tampil ke hadapan untuk mengisi air mengikut konsep isipadu yang di perkenalkan.
5. Minta murid menyusun gelas-gelas itu mengikut turutan dari kosong ke penuh.
6. Ulang dengan set-set bekas yang lain.
Aktiviti 2
Kelas : 2 Amanah
Topik : Isipadu Cecair
Hasil pembelajaran : Membuat perbandingan menggunakan bekas yang sama saiz
Alat Bantu Mengajar : Gelas, botol, pasu
Langkah-langkah Pengajaran:
1. Guru menunjukkan 2 biji gelas yang sama saiz kepada murid. Murid melabelkan gelas A dan gelas B.
2. Murid mengisikan gelas A air dengan isipadu yang penuh dan gelas B dengan isipadu air separuh penuh
3. Minta murid memberitahu perbezaan di antara gelas A dan gelas B.
4. Guru memperkenalkan konsep isipadu ‘lebih’, dan “kurang”.
5. Semasa memperkenalkan konsep isipadu, murid di minta tampil ke hadapan untuk mengisi air ke dalam botol A dan Botol B untuk menunjukkan konsep isipadu ‘lebih’, dan “kurang”.
a) Isipadu A lebih daripada isipadu B
b) Isipadu B kurang daripada isipadu A
6. Ulang dengan bekas yang lain.
7. Latihan
Bandingkan isipadu cecair yang ditunjukkan. Tulis ‘lebih’natau ‘kurang’ di dalam petak yang disediakan.
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulan, salah tanggapan terhadap kapasiti dalam menelaah pengajaran dan pembelajaran isipadu cecair boleh ditangani dengan mudah sekiranya guru mampu mengintegrasikan bahan bantu mengajar secara berkesan dengan aktiviti pengajaran yang bersesuaian dan berinovatif selaras dengan tingkat penerimaan dan penaakulan minda pemikiran di kalangan murid-murid Tahun 2 yang boleh digolongkan kepada yang berpencapaian tinggi dan yang berpencapaian rendah, yakni dengan cara melangsungkan pengajian kapasiti mahupun isipadu cecair dengan cara menggunakan perbandingan langsung. Dengan cara sebegitulah murid-murid yang berumur 8 tahun ini mempelajari dan seterusnya mengkonseptualisasikan pemahaman holistik terhadap kapasiti dan hubung-kaitnya dengan isipadu cecair secara lebih berkesan lagi. Lantasnya, persoalan permasalahan tanggapan yang salah terhadap kapasiti di kalangan murid-murid Tahun 2 tidak akan timbul, malah boleh ditangani dan diselesaikan dengan mudah sekiranya cara serta proses yang betul dilangsungkan dalam keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran.
5.0 ALAMAT BLOG
http://lyanmath2010@gmail.comBIBLIOGRAFI
Mok Soon Sang. 1988. Penyuburan Dan Perkaedahan Matematik. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Mok Soon Sang. 1994. Matematik KBSR Dan Strategi Pengajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998. Pengajaran Pembelajaran Matematik: Kuala lumpur. Dewan Bahasa dan pustaka
Murugiah s/o Velayutham & Kao Thuan Keat. 2010. HBMT2103 Teaching Mathematics In Year Two. Kuala Lumpur: Open University Malaysia
Rabiatol Adawiyah Binti Hashim, Yap Poh Moi, Cho Kin Tong & Tan Kim Pee. 2003. Mathematics Year 2: Activity Book Part 2. Selangor: Mutl Media Synergy Corporation Berhad
Rabiatol Adawiyah Binti Hashim, Yap Poh Moi, Cho Kin Tong & Tan Kim Pee. 2003. Mathematics Year 2: Text Book Part 2. Selangor: Mutl Media Synergy Corporation Berhad